Kisah petang semalam, tgh leka buat popia seaweed, terdengar bunyik macam barang jatuh kat blkg umh. Ingatkan anak indon yg kawin bangla blkg umh tu tgh main. So, malas la nak pegi tgk. Tak pun, kot laaaaaaa barang atas mesin basuh yg jatuh. Pastu ade lagi bunyik barang jatuh, rasa x sedap ati… saya pegi laaa skodeng kat dapur, ternampak perempuan indon tu tertinjau2 sambil tgk luar bilik bibik kitorg (tmpt cage anak bulus yg saya dah pindahkan keluar).
Sambil tangan dia angkat baju yang dijemur, sambil tu dia geleng2 kepala & urut dada. Mula2 saya perati jer dia. Kira dia skodeng rumah saya, saya skodeng rumah dia. Saya nyorok2 takut dia perasan plak saya kat situ. Saya tgk perempuan indon tu x berganjak pun dari situ. Still geleng2 kepala…urut2 dada pandang blkg bilik bibik (dulu bilik anak bulus duduk lam tu).
Iskkkkkk…rasa lain macam sbb bunyik barang jatuh tu bukan dari rumah dorang.., saya terus berlari masuk bilik anak bulus. YA ALLAH….!!!!!!!!!!!! Menggigil2 badan saya, panik tgk BIAWAK sebesar paha orang dewasa & panjangnya lebih kurang sedepa sedang panjat cage anak bulus blkg rumah. Biawak tu sedang mencungkil2 jaring plastic kat tingkap. Nasib baik tingkap bertutup time tu. Agaknyer klu x tutup, sah2 dah masuk rumah…tau2 muncul tetamu yg x diundang ni kt tepi kaki yg tgh leka buat popia tu.
Masa tu sbb dah panik sangat, tgk pulak anak bulus semua berkumpul kat sudut cage, terus call hubby. Call dia, x angkat, pastu sms… sms plak ntah apebenda la saya taip..dari nak taip kucing, jadik cam kat pic bawah nih..(cam nak gelak pun ade bila baca balik sms tu).
Sebenarnya saya nak taip..
"..ada biawak besar blkg rumah, bang..
dia nak makan kucing, bangg.."
Mane tak nyer..badan saya time tu dah menggigil2, menggeletar jari nak menaip. Dah mula nangis sbb takut biawak sebesar tu bertindak makin ganas nak “membaham” anak bulus lam tu. Lepas sms, terus snap pic (sempat lagi tuuu..sbg bukti laa kan..). Sempat amik 2 pic jer.
Saya dah x tau nak buat ape, ternampak batang mop lam bilik tu, terus ketuk2 cermin tingkap sambil nangis2. Tapi saya x bukak pun tingkap tu. Takut kang biawak tu berlaku ganas, terus masuk bilik. Masa ketuk2 tingkap tu, biawak tu buat derk jer. Macam dia x takut langsung. Ker saya mmg muka & gaya x menakutkan dia..??????
Saya lari keluar, cari Ridsect.
Saya nekad nak “bakar” dia, spray ridsect & letak lighter..nnt akan kuar api. Biasanya saya buat cam tu klu time lalat byk... Masa tu dtg keberanian, saya nekad klu tangan melecur ke ape, lantak laaa. Sebelum dia baham anak2 bulus, biar saya bertindak. Tapi dlm panik cam tu, lighter plak x jumpa. Time tu la pulak saya jadik blur. Dah x tau nak buat mcm mana.
Macam kebetulan jer hari tu, dah ler sorang2, kunci rumah plak hubby TERtinggal lam kete & dah pegi keje pepagi tu. Dari pagi saya x bleh kuar nak jemur baju, apatah lagi nak jemur kulit popia sblm saya goreng. Tak sangka pulak petang tu jadik peristiwa yg menakutkan tu.
Lepas x dapat masuk rumah tu, biawak tu masuk lam litter tray anak bulus, saya plak ketuk2 cermin tu sambil nangis2. Masa tu saya tak tau nak mintak tolong sape.
Lari keluar bilik balik, try call hubby, pun sama. Dia x angkat phone. Last2 saya tawakal. Bila masuk balik lam bilik anak bulus tu, saya tengok biawak tu dah xde. Saya tengok perempuan indon blkg umh tu tadi geleng kepala sambil pandang ke belah kiri perumahan kitorg. So saya buat kesimpulan sendiri bahawa dia nampak biawak tu lari ke situ. Lepas tu dia masuk rumah, mungkin dia x perasan saya kat tingkap tu sbb agak terlindung dek dahan pokok kat blkg umh jiran yang makin merendang, dah lame tak ditebang..
Saya terus bukak tingkap, kira semua anak bulus. Alhamdulillah…!!. Masih cukup 5 ekor. Semua masih dlm keadaan sihat walafiat. Semua kembang2 dah bulunyer, saya panggil2… dorang xde respon. Mata memasing masih besar & bulat. Biasanya dorg klu nampak kelibat saya kat tingkap or dlm bilik tu, memasing mcm histeria "panggil" saya, semua mintak attensennn saya. Masih panik agaknyer. Setengah jam jugak la saya duduk lam bilik tu. Berjaga-jaga takut biawak tu datang balik.
Bila dah rasa ok, saya duduk balik kat meja makan tempat saya buat popia tadi. Menangis…. Kalau orang ckp, alahhh tu pun nak menangis?? Iiiiyee… saya menangis sebab ketakutan. Takut pada biawak tu pun iye..bukan x pernah tgk biawak tp kecik2 tu dah biasa..Ni sbb besar sangat... Tapi sebenarnya lebih takut klu ape2 jadik pada anak bulus saya. Nyawa dorang xde galang ganti. Kalau boleh berganti kucing yang mahal sekalipun, masih takkan sama kucing2 yang saya bela dari kecik, bertahun2 membesar depan mata saya. Mungkin orang yg sayangkan haiwan jer yg dapat faham perasaan tu macam mana. Saya bersyukur sbb dorang semua selamat.
Saya tak dapat bayangkan kalau kejadian tu berlaku masa saya takde kat rumah. Entah2 balik tu tinggal kepala dorg jer yg x bleh lepas keluar dari cage. Nauzubillah..!!! Mintak2 dijauhkan. Saya masih tak bersedia untuk kehilangan mereka lagi lepas Wiwi mati tahun lepas..
Dalam saya menangis2 tu, hubby call. Dia ckp hp dia tinggalkan kat meja sbb tgh cas. Patutlaa saya call2, x dapat. Dia tanye ape dah jadik. Saya x dpt ckp banyak, just mintak dia balik cepat.
Sampai2 jer rumah, dia terus laju2 masuk bilik anak bulus. Saya tau dia pun risaukan anak2 bulus tu. Lepas tgk keadaan semua Ok, dia terus peluk utk tenangkan saya (ehh ini bukan scene drama tu tauu :p ). Masa ni sokongan amatlah diperlukan, sekurang2nya saya rasa lega apabila ada seseorang yg faham macam mana saya sayangkan anak2 bulus tu semua.
Dia ckp, semua anak bulus dah nampak ok, agaknya dorg dah biasa kene “attack” @ menerima kunjungan terjah biawak tu.
Petang tu, mintak tlg hubby tukar pasir & tambah mknn dorang. Saya snap pic dorang, memasing dah kembali normal wlupun mula2 tu semua kelepetkan tinge.
Bila saya keluar sekali & tgk keadaan blkg umh jiran saya, saya rasa x mustahil kalau biawak tu bersarang kat situ. Saya rasa lepas ni saya kena "hint2" kat jiran saya supaya musnahkan tempat jin bertendang blkg umh tu.
Tiba2 teringat, masa saya tanya jiran saya pasal arnab dorang yg saya dah tak nampak blkg rumah dorg..katanya dah x nak bela arnab sebab arnab dia mati kene gigit anjing.
Saya syak..!! Itu bukan anjing.. tapi BIAWAK..!!!!!!!!!!! :’(